بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum.
sepatutnya dah sampai waktu tidur.
tapi mahu ambil masa. berfikir sebentar.
tadi kita ambil selipar pakai. pakai kat kaki la kan. terfikir pulak.
kira hebat la kan, manusia cipta selipar utk buat alas kaki.
kiranya memang confirm-confirm takde orang pakai selipar buat kacau sup dalam periuk. sebab dah selipar tu mmg dicipta untuk pakai kat kaki je.
macam periuk jugakla.
takde orang cipta periuk untuk pakai kat kaki.
tapi kalu ade jugak yg buat gitu, memang kategori kreatif la.
semua benda tu dicipta, ada tujuannya.
kalau disalahgunakan mungkin memudaratkan, atau tak efektifla tujuan penciptaannya.
macam kita ni, bukan benda. tapi manusia.
tapi kita tetap ada Pencipta.
dan kita dicipta, tetap ada tujuannya.
pernah tak kita ambil masa.
teliti betul-betul.
apa tujuan kita dicipta?
adakah hidup kita ini memang memenuhi tujuan kewujudan kita?
apa yang kita dah buat?
berbaloikah kewujudan kita?
terlalu banyak persoalan. untuk setiap kewujudan.
p/s; jangan sia-siakan kewujudan kita ini. sebab tak lama lagi kita dah nak sampai TARIKH LUPUT.
No comments:
Post a Comment