jazakillah :)

Thursday 18 July 2013

manusia mudah lupa

السلام وعليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi ya ramadhan.

Bicara bukan tentang melayu, bicara aku buat aku,
 Padamkan kata "melayu mudah lupa",

Tukarkan pada, "manusia mudah lupa".

Saat kau mewah hidup bahagia,
Tiada masa kau lihat si papa kedana,
Saat kau gembira disanjung dunia,
Tiada lagi sapa buat sahabat sahabat kau disana,

Manusia mudah lupa.

Saat kau tersilap dan terjatuh,
Baru kau pusing serata dunia,
Cari tangan yang bisa memapah,
Cari tempat kau bisa menadah.

Tapi, kau manusia mudah lupa,
Saat perlu, saat mahu,
Kau bicara seperti kau mampu kotakan segalanya.

Kau lupa, kau aku dia, semua sama,
Hanya manusia yg mudah lupa.

Bicara kencang satu dunia,
Hidup sendiri tiada hala,

Hey, manusia yg mudah lupa,

Hidup kau bukan hanya untuk manusia,
Hidup kau sebenarnya untuk Dia,
Moga kau tak pernah lupa,

Dia tetap beri kau segalanya, walau kau selalu lupa.

Saturday 6 October 2012

kaca mata ku, kaca mata mu


بسم الله الرحمن الرحيم 
assalamualaikum.

pejam celik pejam celik mata saya. saya tak pernah tahu apa yang awak rasa tentang saya. kita sahabat baik sejak dulu lagi. saya tak pernah faham apa perasaan awak. maafkan saya. mungkin itu semua kekurangan saya. awak, maaf ye. 
boleh tak saya nak mintak sesuatu? 
saya nak mintak pinjam kaca mata awak.
kaca mata awak yg awak guna untuk lihat saya. dari sudut mana yang awak rasa saya masih kurang? bagi saya tahu. dan moga saya mampu cari jalan untuk perbaikinya dengan izin Allah.
awak, boleh kan?

saya terkejut. saat awak kata saya dah berubah.
tidak. saya berubah ke arah mana awak?
arah yang betul atau yang salah?
atau arah yang bukan hala tuju awak?

awak,maaf.
saya mungkin terlepas pandang. kerna kita punya kaca mata yg berbeza.
mungkin apa yang awak lihat, tak terlihat oleh saya.
awak, bagi saya pinjam kaca mata awak.

jalan kita mungkin dah tak sama.
tapi saya tak pernah minta kita berjauhan.
saya mahu jalan bersama awak. mahu terus bersama awak.
awak faham tak perasaan saya?

kotak rasa kita tak sama.
sebab kita 2 manusia yang berbeza.
awakkkkkkk.

maafkan saya jika masih kurang.
saya akan tetap terus berdoa. yg awak akan pergi bersama saya.
awak akan pilih utk bersama saya, awak akan faham apa yang saya rasa.
saya sayang awak LillahhiTaa'la.

awak jangan pergi dari saya. ukhwahfillah till jannah .

#dan sesungguhnya kami kami adalah kaum hawa. ^_^
kisahnya terlalu panjang untuk diceritakan. mohon diteliti dan difahami. jangan tersalah tafsir ya!

wasalam.



Monday 1 October 2012

teori kewujudan. bukan budak-budak


بسم الله الرحمن الرحيم 
assalamualaikum.

sepatutnya dah sampai waktu tidur.
tapi mahu ambil masa. berfikir sebentar.

tadi kita ambil selipar pakai. pakai kat kaki la kan. terfikir pulak.
kira hebat la kan, manusia cipta selipar utk buat alas kaki.
kiranya memang confirm-confirm takde orang pakai selipar buat kacau sup dalam periuk. sebab dah selipar tu mmg dicipta untuk pakai kat kaki je.

macam periuk jugakla.
takde orang cipta periuk untuk pakai kat kaki.
tapi kalu ade jugak yg buat gitu, memang kategori kreatif la.

semua benda tu dicipta, ada tujuannya.
kalau disalahgunakan mungkin memudaratkan, atau tak efektifla tujuan penciptaannya.

macam kita ni, bukan benda. tapi manusia.
tapi kita tetap ada Pencipta.
dan kita dicipta, tetap ada tujuannya.

pernah tak kita ambil masa.
teliti betul-betul.
apa tujuan kita dicipta?
adakah hidup kita ini memang memenuhi tujuan kewujudan kita?
apa yang kita dah buat?
berbaloikah kewujudan kita?
terlalu banyak persoalan. untuk setiap kewujudan.

p/s; jangan sia-siakan kewujudan kita ini. sebab tak lama lagi kita dah nak sampai TARIKH LUPUT. 




Dia Maha Mendengar.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sedih bila   yang paling disayangi saat ini telah tiada.
Sayu. Pilu. Pedih.
Tolong aku Tuhan, kenapa terlalu berat buat aku.

Sedang  aku  cari ubat kehilangan.
aku teringat bisikan doa semalam.
aku titip, aku  minta dengan keikhlasan.
moga aku tidak hanyut, leka dan terlalu cinta,
Ya Allah..

baru aku sedar,
bisikan hari semalam itu telah didengar,
telah dimakbulkan,
tapi aku  yang tak sedar,
terus mencari apa salah aku,
terus   memikir kenapa aku begini,
hingga  terpaksa merasai kehilangan ini,
asthagfirullah hal adzim.

ampuni aku Ya Allah,
aku redha Ya Allah,
ambil lah Ya Allah,
ambil saja apa yg bisa buat aku dan Engkau jauh,
aku terima Ya Allah.
sungguh .
aku redha.


memang tak terbayang. tak terfikir dan tak terjangka. Allah masih terima doa seorang insan yang kerdil macam aku. memang rasa terharu sangat. Tapi memang benar, kita memang tak dapat jangka kekuatan dan kehebatan doa itu. yang penting kita ikhlas dan bersungguh-sungguh.

kadang-kadang apa yang terjadi kat kita tu, bukan musibah, bukan hukuman, atau dugaan. kita manusia biasa yang sering menuding jari ni, selalu salah anggap. Allah dah makbulkan doa kita, bagi apa yang kita mahu. patut kita panggil itu 'hadiah' atau 'anugerah'. baru betul. 

terima kasih Ya Allah.
bagi hadiah buat aku :)